Total Pageviews

Wednesday, February 19, 2014

MINIT MESYUARAT PANITIA TMK

SEKOLAH KEBANGSAAN TEBING TINGGI


                         MINIT MESYUARAT PANITIA TMK KALI PERTAMA 2014

Tarikh :                         13 Januari 2014
Hari :                             Isnin
Masa :                           12.45 tengah hari
Tempat :                        Bilik TMK

Hadir
1.      Tn. Hj Mat daud Bin Hussain (Penolong Kanan Pentadbiran)
2.      En. Mohd Ruslee bin Mohd Salleh (Pengerusi Panitia TMK)
3.      Pn. Suzana Bt Shuburi (Guru Sains)
4.      Pn. Ruhayati Bt Ghazali (Guru Sains)
5.      En. Baharun Bin Ahmad (Guru Sains)



1.      Ucapan Ketua panitia

1.1    Ketua Panitia En. Mohd Ruslee Bin Mohd Salleh mengucapkan terima kasih kepada semua   ahli kerana hadir.

1.2    Tujuan mesyuarat adalah untuk membincangan beberapa perkara sebagaimana yang tercatat di dalam agenda demi kemajuan pendidikan.

1.3    Mengumumkan pelantikan Pn Ruhayati Bt Ghazali sebagai setiausaha Panitia. 
Makluman : Semua ahli
1.4    Pengerusi telah dihantar berkursus TMK beberapa 5 hari di SK Sri Suria (3) dan dan diikuti dengan PLUG TMK selama 4 hari di SK Chiku  pada bulan Oktober 2013.
1.4    Berharap semoga pelajaran TMK akan dapat dilaksanakan pada tahun ini secara teratur dan berkesan.
1.5    Memandangkan TMK merupakan pelajaran yang baru diperkenalkan di dalam KSSR, maka ianya akan diajar oleh Ketua Panitia sendiri yang telah menghadiri kursus khas yang telah diadakan pada tahun 2013.


2       Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran

1.1     Beliau  mengacapkan terima kasih kepada semua ahli kerana hadir

1.2     Menyatakan bahawa  semua panitia adalah penting. Oleh itu semua perancangan dan pengurusan panitia perlu diurus dengan baik dan berkesan. Pihak sekolah mengharapkan agar panitia ini dapat merancang dan melaksanakan selaras dengan Dasar Pendidikan Negara.    
Makluman  :   Semua ahli

1.3        Beliau berharap agar guru TMK dapat mengajar dengan baik dan berkesan memandangkan kemahiran mengendalikan komputer amat penting pada masa sekarang khasnya setelah berada di sekolah menengah nanti.

1.4         Makmal computer telah dilengkapi dengan komputer baharu dan guru TMK boleh menggunakan sebaik mungkin bilik tersebut supaya murid memperolehi kemahiran mengendalikan computer.

3.      Pengesahan minit mesyuarat

3.1   Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu dan memohon ahli mesyuarat untuk membuat semakan dan mengemukakan cadangan minit mesyuarat tersebut diterima dan disahkan.
Makluman : Semua ahli
3.2      Cadangan minit disahkan oleh Pn Suzana Bt Shuburi dan disokong Oleh Encik Baharun Bin Ahmad.

Makluman : Semua ahli

4.       Perkara berbangkit

4.1     En Mohd Ruslee Bin Mohd Salleh mencadangkan  agar diujudkan sebuah bilik khas  matapelajaran TMK.

 Makluman  :   Semua ahli

4.2     Puan Ruhayati mencadangkan agar hanya seorang sahaja guru  dilantik untuk mengajar    TMK bagi tahun 4, 5 dan 6. Ini adalah bertujuan untuk membolehkan sukatan pelajaran dan   kemahiran yang terdapat dalam TMK dapat dilaksanakan dengan baik.

 Keputusan: Bersetuju sebulat suara.

5.      Cadangan Aktiviti Tahunan

5.1     Mesyuarat panitia akan diadakan sekurang-kuranya 3 kali setahun.
          Makluman  :   Semua ahli
5.2          Mewujudkan sebuah bilik khas matapelajaran TMK di sebelah Pusat Sumber Sekolah    yang lengkap dengan bahan pembelajaran dan sistem komputer untuk mengajar.

Tindakan : En. Mohd Ruslee

5.3          Mewujudkan sudut bahan yang berasaskan ICT di sekolah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang komputer dan internet.

Tindakan :  Guru Makmal Komputer   


6.          Hal-hal lain

      6.1     Pembelian Bahan

                Sila rujuk Pembantu Tabdbir sebelum membuat pembelian dan semua ahli perlu    mengisi nota minta.

                Makluman  :   Semua ahli


      6.2     Kunci Bilik TMK dan Makmal Komputer.

                Kunci bilik mesti diletakkan di dalam kotak kunci di pejabat selepas bilik digunakan.

                Makluman  :   Semua ahli


     6.3      Keselamatan

                Semua ahli mesti mengutamakan keselamatan murid dan computer ketika berada di   Bilik TMK dan makmal komputer.

                Makluman  :   Semua ahli


    6.4      Rekod pengunaan Bilik

               Sila rekodkan waktu pengunaan bilik kemahiran hidup
               Makluman  :   Semua ahli


Mesyuarat ditangguhkan pada jam  2.00 petang.




Disediakan oleh,                                                         Disahkan oleh,


………………………………………….                    ………………………………………….
(MOHD RUSLEE BIN MOHD SALLEH)                 (TN HAJI MAT DAUD BIN HUSSIN)          Pengerusi Panitia TMK                                                Penolong Kanan Pentadbiran                  



No comments:

Post a Comment